Rabu, 4 Mei 2011

Going Out???




"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?   Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....   Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."     


***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***         


  "Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."   "Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".     


**** PENONTON TERCENGANG! ****    

 "Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"   "Exclusive hape plak tu ustaz?"   "Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"   

"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."   "Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"   "Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."   

"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,     

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) 

 Di dalam riwayat yang lain,   Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)    

 Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,   Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."     

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....   "Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".    

 "Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".     "Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? 

Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".   Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?   "Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka? Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 


‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".     

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"    

 "Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".   Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya??? "Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping." "Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..." "Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..." "Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu." "Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."    


 " EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "  

 "Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat?? Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri? Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat. Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.     Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'. Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami? ‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. ‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group. ‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat. ‘Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar. ‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "     


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****     

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?" " Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"     (Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )       


  **** TUKAR CHANNEL BALIK ****    

 "Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".   Allah menyebut didalam al-Quran,   35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.     6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).     "Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"   "Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."      


 **** BLACKOUT, TUTUP TV ****  

Que Sera Sera~

When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera


When I was just a child in school
I asked my teacher what should I try
Should I paint pictures
Should I sing songs
This was her wise reply

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will there be rainbows day after day
Here's what my sweetheart said

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

What will be, will be
Que sera sera...

Salam Terakhir..

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu


Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya


Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu


Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


memories by us-student 6mahathir'04-

Wahai Wanita...

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Qalbi Nadak by Fares


ليك, انا ملك ليك
تعالى قرب ضُميني محتاج إليك
ليك وروحي فيك
ياحب عمر انا عمري كله هاعيشه ليك
هواك هو الحياة
وانت اللى انا بعشق هواه
كان قلبي مناه
اجمل ملاك يكون معاه
ياه قلبي نادك واتمناك تبقى انت ويايا
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك
ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك
ايه, أحتاج لايه
لو كنت جنبي معايا دايما قولي ايه
ياه ده انا من زامن
محتاج لقلب يحس بيّه واحس بيه
هواك والحاية
وانت لى انا بعشق هواه
كان قلبي موناه
اجمل ملاك يكون معاه
ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك
ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا
ياه بعد السنين, بعد السنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك

Translation:

For you, I belong to you
Come, approach, embrace me, I need you
For you, and my soul is in you
Hey love of my life, I will live my whole life for you
Your passion is life
And you are the one who I love his passion
My heart wish was
The most beautiful angel be with him
Oh my heart called you
And wished you to stay to be with me
Oh , after these years, longing and nostalgia
I found you here with me
Oh , hug me to you, you are my lover,
My life is for you
And I will live my whole life for your eyes
And my life is a sacrifice for you
(and my life is in your hands)
Oh my heart called you
And wished you to stay to be with me
Oh, after these years, longing and nostalgia
I found you here with me
Oh, hug me to you, you are my lover
My life is for you
And I will live my whole life for your eyes
And my life is a sacrifice for you
(and my life is in your hands)
What? What do I need?
If you were beside me, with me, always
Tell me, what?
Oh, from a long time ago,
I need a heart which can feel me and I can feel it
Your passion is life
And you are the one who I love his passion
My heart wish was
The most beautiful angel be with him
Oh my heart called you
And wished you to stay to be with me
Oh, after these years, longing and nostalgia
I found you here with me
Oh , hug me to you, you are my lover
My life is for you
And I will live my whole life for your eyes
And my life is a sacrifice for you
(and my life is in your hands)
Oh my heart called you
And wished you to stay to be with me
Oh, after these years, longing and nostalgia
I found you here with me
Oh, hug me to you, you are my lover
My life is for you
And I will live my whole life for your eyes
And my life is a sacrifice for you
(and my life is in your hands)

Selasa, 3 Mei 2011

Si Dia???

Nama si dia telah pun tercatat di loh mahfuz untukmu namun peribadinya di tentukan oleh peribadimu...
Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya, namun tidak semua.
Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, solehahkan lah dirimu...

Isnin, 2 Mei 2011

Pengalaman Adventure 1 Mei... Hahah..

Assalamualaikum...^^
ari nie nk kongsi satu citer ngn korang sume... hehe... citernye bermula begini...........................


ALKISAH SHAR N ADIKNYA....

Hmm.. 1 Mei 2011.. Ari nie last day Pesta Buku Antarabangsa berlangsung... Nak pegi xde kwn lak... huhu...
  "Kaklong... Nak pegi x Pesta Buku tu.. Azrin nak pegi nie..."
Hah!! Thats it! hehe...
Ktorang pun bersiap lah... lps nie, nak kna tunggu bas lg.. huhu... Aku tak sangka lak dpt pegi.. Jalan haram tak tau tp nk pegi gk.. hahah.. Dalam hati berkata, "takpe.. Azrin tau ar.." Sampai je kat stesen KTM, aku pun beli la tiket untuk 2 orang.. Destinasi ke KL Sentral. Tapi malangnye... Sepanjang lebih kurang satu jam kat dlm tren tu, aku tak duduk langsung. huhu.. lenguh seyh berdiri lame2.. Tp nk wat camane kn.. Nasib arr...

   Sampai aje kat KL Sentral tu, ktorang pun berjalan menuju KL Monorail... Nape eh pegi KL Monorail? Entah!! Men jalan aje.. hahah..
    "Nak beli tiket pegi mane nie dek?" tanyaku kepada adikku..
    "Entah! Mane orang tau." Wah.... Sedapnya jawab.. rupanya dua2 tak tau nak pegi mane.. Adoiyai... Tanye orang le gamaknye...
   " Adik nak pegi PWTC ye... Naik monorail ke Titiwangsa, lepas tu naik LRT ke PWTC.." seorang akak yang ditanya menjawab pertanyaan kami. huh... Nasib baik.. Ok, jom naik monorail lak...
*
*
*
*
*
Ape akan terjadi seterusnye kpd shar n adiknya??? well... nti sy sambung citer k... heheh.. Yang pasti, pengalaman dorang mmg adventure.. bg sy laa... hee..

My Life ~

Daisypath Happy Birthday tickers