Ahad, 1 Januari 2012

TIPS untuk Pembelajaran Berkesan...

Memandangkan sekarang nie da sampai ke musim peperiksaan, sy ingin memberikan sedikit TIPS untuk anda semua.. hehe.. Sebenarnye, saya copy paste je.. Moga bermanfaat untuk kita semua yea...

~ 1 ) Sebelum mengulangkaji, bacalah DOA agar dikurniakan KEFAHAMAN yang baik dan INGATAN yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran : (Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin) ... >>> MAKSUDNYA : "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

~ 2 ) Ulangkaji setiap ILMU paling kurang 1 jam setiap hari..

~ 3 ) Pilih WAKTU dan TEMPAT yang sesuai, tenang, sunyi, bersih dsb..

~ 4) Motivasikan diri selalu..tidak boleh berputus asa dan katakan "tidak!" pada bosan dan futur..

~ 5 ) Kenali potensi & kekuatan diri..aplikasikan untuk proses pembelajaran, setiap orang mempunyai CARA TERBAIK dan sesuai bagi dirinya kerana usaha setiap orang berbeza-beza..

~ 6 ) Buat RINGKASAN dari apa yang dipelajari dan dibaca..NOTA yang kamu buat sendiri adalah yang terbaik bagi dirimu..

~ 7 ) MENGHAFAL juga amat penting..FAHAMKAN dahulu isi, kemudian ulang sehingga lancar, dan lebih baik tulis semula apa yang dihafal..

~ 8 ) Rajinkan diri MERUJUK kamus untuk mencari MAKSUD kalimah yang tidak difahami..kurangkan bertanya orang lain kerana apabila kita melakukannya sendiri, makna kalimah tersebut akan 'melekat' dalam ingatan kita..

~ 9 ) Banyakkan berdoa antara doa yang diajarkan Rasulullaah Shollallaahu 'Alaihi wa Sallaam:>>> KEJAYAAN yang sebenar adalah kejayaan yang BERMANFAAT kepada diri dan selainnya, dunia dan akhirat hanya kerana Allah..USAHA adalah PENDAKIAN berterusan ke puncaknya, dan tiada logik untuk terus BERTAWAKAL tanpa usaha..moga kejayaan MILIK kamu..


*nota kaki: Moga Kejayaan milik kita bersama*

My Life ~

Daisypath Happy Birthday tickers