Sabtu, 30 April 2011

Indahnya Ikhlas...

Assalamualaikum Sahabatku sekalian....
hmm... Korang ikhlas x bile wat sesuatu?? Kdg2 kita suke mengaku kita ikhlas tp btol ke kita ikhlas?? senang je korang nak ikhlaskan hati... Jom kita tmbh ilmu lg hari nie... hehe... Moga memberi manfaat pd kita semua.. Amin...
klik je link kt bwh nie.. hee... Mcm biase...^^


Indahnya Ikhlas | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jumaat, 29 April 2011

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita

Assalamualaikum...
Korang mesti nak tau kan kewajipan lelaki melindungi wanita??? hehe.. Lau xnk tau kena amek tau gak.. terutamanya kpd insan bernama LELAKI... yakni Adam... just click the link below keyh??? ^^

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Demi Pena....

Assalamualaikum....^^
nie nak citer... nape sesetengah antara kita suke menulis??? Termasuk sy... hehe... Jom tambah pengetahuan kita bersama.... klik je link kt bwh nie keyh.... ^^


                                        
                                        Demi Pena | iluvislam.com + discover the beauty of islam

UNIC - Sebuah Pertemuan...

Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan



Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan



C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala



(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan



Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan



C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina



Ulang (*)



Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan



Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi



Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Kristal... Luahan Hati..

Pertama kali ku dengar suaramu

sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta



Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu



Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu



Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti



Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih.....



Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu



Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti



Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih...

Dilemma.....

KERJA....
xtau lg nk keje mane laa.. ingat nak gk keja tmpat lame... tp byk sgt kenangan la kt ctu... hehe... xnak ingat sgt... huhu...

TEMUDUGA...
Esok nak g ujian MEdSI... pendidikan teknologi maklumat.. harap2 dpt jwb elok2... hmm... dpt gak temuduga SPA, penolong pegawai farmasi, perubatan n kesihatan persekitaran... yang nie xtau lg nk pg ke x... temuduga kat Putrajaya, 9mei... hmm... xtau lah..............=(

Khamis, 28 April 2011

Mutiara Kata...

Kadangkala... 
Kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati...
Kadangkala...
Kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri...
Adakalanya...
Kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah...
Semuanya demi maruah diri...
Walau siapa pun kita, di mana kita berada...
Langit tetap dijunjung, tanah tetap dipijak..
Selagi kita hidup, langkah mesti diteruskan..
Jangan sekali-kali kesal dengan nasib diri kerana kita semua adalah sebahagian drpd makhluk Allah yang sedang diuji oleh-Nya......




kata2 semangat nie sy peroleh sewaktu diri dalam kesedihan... oleh seorang insan yang tentunya amat disayangi... diharap kata2 ini jg mampu memberi sedikit semangat buat kalian... apa2 pun... ingatlah sahabatku.. semua yang terjadi pasti ada hikmahnye.. dan yang pasti, Allah xkn uji hambanya melainkan dgn kemampuan kita sendiri.. UHIBBUKIFILLAH....<3

Karya Nukilan Hati...3

…bab 3…


“ Hana, kau tengah ingat  sape tu? Dari tadi asyik mengelamun aje aku tengok.”
“ Takde apalah Fea. Ingat masa sekolah dulu aje. Rindu pulak.”
“ Ingat pasal sekolah ke, ingat boy friend time sekolah dulu?
“ Ish, dia ni! Ada-ada ajelah! Pergi tidur. Esok lambat bangun pulak.”
“ Memanglah, kalau aku lambat bangun, kau pun terlajak jugak!”
“ Yelah, aku pi tidur sekarang jugak. Si Qila pun dah nyenyak tu.” Akhirnya aku akur dengan kehendak housemateku, Fea Amelly.

Hari ini aku ada temuduga jawatan setiausaha di sebuah syarikat. Sebenarnya, aku sedang menunggu tawaran daripada mana-mana universiti untuk menjadi pensyarah.

 Jadi, sementara aku menunggu , lebih baik aku mencari pekerjaan sementara.
“ Cik Anisha Farhana Muhammad,” panggil staff di situ.
“ Ya, saya,” jawabku pula sopan.
“ Cik sudah bersedia untuk ditemu duga.”
“ Baiklah, terima kasih,” balasku dengan senyuman.

Hari ini, aku hanya memakai sepasang baju kurung berwarna pink dihiasi bunga-bunga kecil dipadankan pula dengan tudung berwarna maroon. Mudah-mudahan aku diterima di sini.

“ Assalamualaikum,” sapaku apabila melihat sekujur tubuh bersandar pada kerusi di situ.
“ Walaikumussalam. Cik Anisha Farhana?”
“ Ya, saya.”
“ Saya dah semak dokumen yang awak bawak ni. Saya minta maaf.”
“ Tak pelah, Tuan. Saya akan cari kerja di tempat lain,” jawabku kecewa.
“ Siapa cakap saya tak terima awak?”
“ Maksud Tuan??”
“ Tahniah, awak diterima menjadi setiausaha saya, Tuan Alif Huzaimy.”
“ Terima kasih, Tuan.”
“ Sama-sama.”

Alhamdulillah, nampaknya dapatlah aku pengalaman baru sebagai setiausaha. Harap-haraplah bos aku tu ok. Tuan Alif Huzaimy. Boleh tahan nama dia tu. Esok aku mula bekerja. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.
“ Fea, esok kau kejutkan aku, tau? Aku tak nak lambat esok. Kau pun tahu kan? Esok aku mula bekerja.”
“ Yelah, kau tu cepatlah tidur!”
“ Ok, madam Fea.”

Karya Nukilan Hati...2

…BAB 2…

          Berdebarnya aku. Hari ni nak ambil keputusan SPM. Agaknya, okey tak result aku? Entahla… macam mana kawan-kawan aku ye? Dorang sihat ke? Yelah, dah lama tak jumpa sepanjang cuti. Agaknya, berapa orang dapat straight A tahun ni, ye? Pelbagai persoalan bermain di mindaku.
Hai, ingat pasal sekolah, ingatanku kembali pada Ahmad Faris Huzairy. Agaknya, result dia okey tak? Okey kot, sebab walaupun gaya dia macam tu, tapi dia tu budak pandai. Arghh, lantak pi la kat dia! Yang aku nak sibuk-sibuk apasal?
Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah selepas cuti akhir tahun bermula, orang pertama yang aku nampak ialah Faris! Spontan, jantungku yang sudah reda daripada degupan kencang menanti keputusan SPM, kembali berdegup kencang apabila mata galakku bertaut dengan mata kuyunya.
 Sememangnya , aku  tidak dapat menafikan bahawa aku rindu padanya, walaupun hati ini sering cuba menafikan perasaan yang disangkakan bertandang untuk sedetik waktu sahaja. 
Mata kuyunya yang seolah-olah baru bangun daripada tidur itu kembali mengganggu perasaanku. Gaya poyonya juga sudah tiada lagi. Kini, penampilannya lebih kemas dan smart menyerlahkan lagi ketampanan raut wajah yang dimilikinya. Aku harap, ketampanan itu dapat diserikan lagi dengan budi pekerti mulia.
“ Farhana!” aku terdengar satu suara memanggilku. Aku menoleh kebelakang untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil namaku tadi.
“ Oh, Ryna rupanya. Assalamualaikum,” aku memberi salam.
“ Waalaikumussalam. Farhana, apasal kau tak nak menyahut bila aku panggil tadi, hah? Dah sakit tekak aku panggil kau tadi tau! Rasanya, kalau anak tekak aku ni ada spring, dah lama melompat keluar!”
“Oh, ye ke? Aku tak dengar kot! Kau ni pun, dalam marah sempat jugak kau buat lawak antarabangsa, ye?,” aku ketawa kecil.
“ Eii, dia ni! Kita serius gila, dia boleh mengekek macam tu. Sakit hati, tau!” marah Ryna sambil menarik muncung sedepa tanda tidak puas hati.
“ Ye la, sorry. Aku memang tak perasan tadi,” aku membela diri.
“ Macam mana nak perasan, kalau mata tu asyik merenung si Faris! Agaknya korang ni lebih suka merenung sesama sendiri tanpa kata. Hai, pelik, pelik!” ucap Ryna lagi masih dengan perasaan tidak puas hatinya.
“ Kau ni, tak sudah-sudah!” aku mengakhiri perbualan kerana tidak sanggup mendengar nama Faris disebut-sebut lagi.

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat-Mu, ya Allah! Aku mengucapkan syukur sebaik-baik sahaja menerima keputusanku. 10A1! Itulah impianku dan sekarang impianku menjadi nyata. Bukan aku sahaja, malah dua orang sahabat baikku juga mendapat keputusan yang cemerlang.




Aku, Ryna dan Arnia duduk di dalam kelas 5 Aspirasi. Kami bercerita tentang masa cuti kami. Pelbagai cerita lucu diceritakan. Tetapi, tiba-tiba Arnia bertanya kepadaku.
“ Hana, kau tak nak tahu result si Faris ke?” pertanyaannya membuatkan aku dan Ryna tersentak. Arnia pula hanya tayang gigi.
“ Tak naklah, biarlah dia. Yang aku nak sibuk-sibuk apasal?”
“ Sampai hati awak. Anisha Farhana binti Muhammad, saya pun dapat 10A1 dan awak tak sibuk-sibuk pun!” sahut satu suara. Suara ni, macam pernah dengar tapi di mana yek?
“ Farhana, did you hear me?” Tanya suara itu lagi. Aku menoleh ke belakang dan saat itu diriku bagaikan terpaku.
“ Farhana,” Faris memanggil lagi. Aku yang bagaikan baru tersedar daripada mimpi cepat-cepat menjawab. Muka pulak memang tak boleh nak control lagi, memerah bukan main.
“Ya, Faris. Tahniah untuk awak,” ucapku menahan getar di dada.
“ Terima kasih, tahniah untuk awak jugak,” ucap Faris lagi. Aku hanya tersenyum. Kemudian, Faris bersuara lagi.
“ Sebenarnya, saya nak cakap sesuatu dengan awak,” dia bersuara dalam nada suara yang bergetar.
“ Nak cakap apa?” aku meminta kepastian. Serentak itu, mataku melingas mencari kelibat Ryna dan Arnia. Bila masa pulakla dorang blah ni? Memang saja nak kenakan aku. Eii, geram sungguh!
“ Sebenarnya, sa..sa..ya..su..ka..kat…a…a..wa..awak…” tersekat-sekat suara Faris mengetuk gegendang telingaku.



“ Awak ni biar betul!” aku terkejut mendengar pengakuannya.
“ Saya cakap benar, Farhana. Sejak kali pertama bersua dengan awak, hati saya memang dah terpaut. Namun, saya terpaksa pendam perasaan tu hingga ke hari ini supaya tidak mengganggu awak dalam pelajaran.”
“ Tapi Faris, kita baru lepas SPM. Lepas ni, ada banyak lagi yang akan kita lalui. Kalau awak betul suka kat saya, Alhamdulillah. Tapi, kalau awak sengaja nak permainkan perasaan saya, baik awak berambus!” amaran keras aku lemparkan walaupun hati ini terlalu gembira dengan pengakuannya.
“ Maksud awak, awak pun suka kat saya?” Faris bertanya dengan gembira. Di sebalik sinaran matanya, dapat dilihat kejujuran dan keikhlasan tulus daripada hatinya.
“ Faris, saya tak nak bagi harapan kat awak, sebab tahun depan saya akan pindah ke Perlis. Kalau ada jodoh, saya pasti kita akan bertemu lagi.”
“ Baiklah,Farhana. Kata-kata awak akan saya sematkan utuh di hati ini. Saya akan sentiasa menunggu awak dan merindui awak setiap saat. Itu janji saya,” balas Faris penuh syahdu.

“ Love is like a piano. At first you learnt to play it by the rules. Then, you forget the rules and play with your heart, like what I’m doing right now because my life would’nt rhyme without you. Whatever else may complicate our lives, one thing is pure and simple, I love you, heart and soul, my LOVE.”

Faris berkata lagi menambahkan rasa sayangku kepadanya. Faris, janjimu akanku ikat kemas lalu kusisipkan ke dalam hati ini. Walau di mana pun aku ataupun kau berada, ku pasti setia menantimu…

Karya Nukilan Hati...1

…BAB 1…

        Ah, hari ni aku bangun lambat lagi! Dah menjadi kebiasaan, lepas solat Subuh, aku kembali lena di atas tilam empuk. Baju sekolah pun belum gosok. Baik aku cepat. Hari ni hari Isnin. Tepat jam 11 pagi nanti, aku perlu ke sekolah. Memandangkan minggu ini minggu sukan, jadi aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak diadakan.
 “Kakak!..”.Lamunanku terhenti tatkala mendengar suara mama menjerit memanggilku. “ Ya, ma! “. Aku membalas sahutan mama. 
“Mari sini kejap,” aku melangkah ke dapur dengan segera.
“ Kakak, tolong basuh sayur ni dan siang udang tu, ya?” Mama meminta pertolongan.
“ Yes, mam!” jawabku dengan pantas. Mama hanya tersenyum melihat gelagatku.



Alamak! Dah jam 10.15 ni, baik aku cepat mandi kalau tak alamat ketinggalan baslah aku! Kelam-kabut aku jadinya kerana, mengejar masa yang terlalu pantas berlalu.
“ Eii, susahnya nak betul tudung ni!” aku merungut sendiri sambil meniup bucu tudung supaya nampak lebih kemas.

“ Ah, lantaklah! Bukan orang lain nak tengok tudung aku pun,” putusku. Namun, kata hanya tinggal kata. Aku tetap mahu kelihatan kemas.
“Assalamualaikum, Arnia,” sapaku apabila melihat Arnia, rakan sekelasku.
“ Waalaikumussalam, Farhana,” jawab Arnia pula dengan sopan.
“ Kenapa turun balik ni?”
“ Library tutupla…”
“ Kalau macam tu, kita tunggu kat pondok cendawan belakang sekolah ni, nak?”
“ Aku no problem,” balasku menyetujui perbincangan singkat kami.

Tepat jam 6.35 petang, aku sampai di rumah. Langkahku diatur laju ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Maghrib.
Sementara menunggu waktu I’sya masuk, aku membaca al-Quran. Selepas menunaikan solat I’sya, aku membasuh baju sekolahku. Kemudian, aku menyiapkan kerja sekolahku dengan cepat kerana badanku hari ini terasa amat letih.
Sebaik-baik sahaja aku ingin melelapkan mata, tiba-tiba ingatanku melayang mengingatkan aku kapada peristiwa siang tadi lantas menyegarkan kembali mataku yang hampir terlelap. Aku tersenyum sendirian.

Apabila aku mahu mengambil  buku Sejarah dari dalam beg,aku melontarkan pandangan ke belakang. Tanpa aku sedari, mataku bertaut dengan matanya. Lama. Namun, aku cepat sedar  dan serentak itu, jantungku berdegup kencang.
“ Bukannya aku tak pernah nampak dia,malah  dari dulu lagi  aku memang tak suka kat dia, tapi kenapa peristiwa tadi …” soalan itu kubiarkan tergantung, cuba menafikan sesuatu yang menyelinap masuk ke dalam hatiku melalui pandangan matanya.
“ Ah, alangkah pelik sebuah perasaan!”


Akhirnya, minggu sukan telah berlalu. Aku terpaksa berpuas hati dengan kedudukan rumah sukanku, Dato’ Maharajalela di tempat ketiga. Namun, ada sesuatu yang mengganggu perasaanku tika ini.
“ Faris,” aku menyebut namanya perlahan disertai keluhan berat. Dulu, aku membencinya. Gayanya yang poyo itu mengundang perasaan benci dalam hatiku. Tapi kini… aku juga tidak tahu mengapa sedangkan aku telah mengenalinya sejak tingkatan satu lagi.
Lagu Dekat Padamu yang berkumandang daripada telefon bimbitku segera mematikan lamunanku.
“ Helo, assalamualaikum, Farhana.”
“ Waalaikumussalam, Ryna.”
“ Hana, kau tengah buat apa tu? Mengelamun ingat pak we ye?” teka Ryna. 
“ Bolehla…” jawapan pendekku membuatkan Ryna tersentak. Bertubi-tubi pertanyaannya menyerbu gegendang telingaku. Pantas, aku mengurut–urut dada kerana terkejut.
“ Wei, kau kalau bercakap boleh slow sikit tak? Terkejut beruk aku tau, tak! Nasib baik aku tak lemah semangat tadi.”
“ Ala, sorryla…”
“ Sorry naik lorila!”
“ Hana, sape yang kau ingat tu? Bagitaulah kat aku, kau kan kawan lamaku…” sengaja ditekankan perkataan ‘lama’ untuk memancing kawannya itu supaya menceritakan tentang si dia.
“ Boleh, boleh belah!” jawabku lagi. Sengaja ingin menaikkan temperature Ryna. Hehehe….
“ Far, please…” panggilan Hana telah bertukar menjadi Far. Hai, kawanku ni macam-macam.
“ Malaslah nak citer, lain kalilah ye? Lagipun,  aku rasa this is only for a while, besides we’re only in Form Five!”
“ Eii, kau ni! Kalau aku tahu kau tak nak bagitau jugak, tak payahla aku buang air liur bodek engkau!” marah Ryna.
“ Sorry…”
“ Sorry naik lorila!” Ryna mengulang kembali kata-kataku tadi.
“ Bye, Ryna. Dah penatlah! Asaalamualaikum.”
“ Yelah, bye.. Waalaikumussalam.”

Bingkisan Nurani Buatmu, ADAM....

Didoakan semoga kalian beroleh selamat serta berada di bawah lindungan payung rahmat ALLAH S.W.T.



 Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan serta pimpinan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku BURUAN SYAITAN!!!


 Adam,
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaumku melebihi bilangan kaummu di akhir zaman. Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaumku melintasi bilangan kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa, buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Qabil dan Habil dan ianya akan berterusan sehingga pada zaman cucu cicitnya. Dengan kelebihan kaumku ini, maka selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tetapi tidak lebih dari satu waktu.


 Adam,
Aku tahu bahawa engkau mengetahui bahawa ada termaktub di dalam kitab suci Al-Quran bahawa, " Lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita". Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, mengawasiku serta membimbingku agar aku sentiasa berada di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang telah terjadi pada kaumku ini?! Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang telah ditetapkan. Kerana itulah Muhammad S.A.W, kekasih Allah S.W.T pernah menyatakan bahawa kaumkulah yang paling ramai menghuni neraka kerana kederhakaan terhadapmu!


 Adam,
Marahlah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, Adamlah yang pertama sekali perlu dipersalahkan. Mengapa Adam?? Kerana mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Mana mungkin akhlak mazmumahmu mampu menjadikan aku wanita yang solehah?? Adam seandainya kau melihat akhlak mazmumah pada kaumku, kau sepatutnya bersedih! Kerana ini telah membuktikan betapa gagalnya engkau menjadi seorang pemimpin!!


 Cuba renungkan kembali, mengapa beribu-ribu tahun dahulu terlalu banyak wanita-wanita solehah?? Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asiah, Sumayyah dan terlalu bayak lagi bilangannya sehingga tak termampu untukku abadikan namanya disini... Mengapa Adam?? Jawapannya mudah sekali Adam...mereka dipimpin oleh seorang yang terlalu baik akhlaknya iaitu Nabi Muhammad S.A.W. dengan mendidik kaumku dengan penuh berhikmah serta di dalam diri Baginda sendiri telah wujud uswah hasanah yang mampu dicontohi oleh para wanita itu.


 Adam,
Kau adalah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau terpesong dan lalai, maka aku lebih dari itu, Adam!! Adam, kau memiliki kelebihan akal, manakala nafsu merupakan kelebihanku. Dinisbahkan akalmu sembilan, nafsumu satu... Aku?? Akalku satu tetapi nafsuku sembilan.


 Adam,
Pimpinlah aku dengan akhlak, ilmu, iman dan takwamu. Kerana aku sering lalai dan lupa. Sering ditolak oleh nafsu dan konco-konconya. Aku kini hampir tenggelam, pimpinlah aku menjauhi kemaksiatan terhadap Allah, bukan dengan menjerumuskan aku kedalamnya!! Akalku senipis rambutku, engkau tebalkanlah ia dengan ilmu. Hatiku yang rapuh nan kaca, kau kuatkanlah ia dengan iman. Perasaanku selembut sutera, bimbinglah aku agar menghiasinya dengan akhlak mahmudah.


 Adam, 
Terlalu panjang rasanya luahan hatiku, moga dengan berakhirnya tintaku ini maka turut berakhirlah episod silam kejahilanmu dan bukalah lembaran baru dalam hidupmu agar mampu memimpinku kelandasan yang benar. Adam, untuk terakhirnya ingatlah jika engkau terasa jauh dari landasan Islam maka aku akan terasa lebih jauh dari itu, kerana engkau pemimpin dan aku adalah pengikutmu.


Sekian,
Bisikan Nuranimu,
Hawa <3 ...

My Life ~

Daisypath Happy Birthday tickers