Ahad, 8 Julai 2012

DIA

: ♥

Aku tidak marah..
Aku tidak cemburu..
karena kamu bukan hakku..
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa..
Sungguh senang untuk jatuh cinta..
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu..
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini..

Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika saat ini sedangkan Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu..
Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku..
Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku..
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Karena aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah..
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan..

Ya Allah,
Tak Perlu biarkan hatiku tertambat pada cinta yang belum tentu menjadi milikku..
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta palsu..
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu..
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku..
karena di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu ya ALLAH yang kuharap, karena cinta pada-Mu sampai ke syurga..



Saat ini, akan ku kuburkan cinta kita yang masih merajai hati. Walaupun aku tak yakin yang aku mampu melupakanmu, namun aku akan cuba. Kerana kau juga mencuba.

Wahai kamu, kamu yang senantiasa aku nanti. 
Aku akan pergi. Aku tidak kan lagi mengharap cintamu. Kerana aku yakin, sekiranya kau tercipta untukku dan aku tercipta untukmu, kita pasti kan bersua lagi. Ya. Mungkin kau tidak mengetahui, betapa aku sangat mengharapkan kau sebagai pemilik cintaku hingga ke akhirnya. Namun, perancangan Allah itu tidak ada sesiapa yang mampu menerka. Baik aku mahupun kau, kita tidak tahu. Mungkin bg kita ianya baik, tetapi Allah jualah yg mengetahui segalanya. Dia. Ya, cuma DIA yang tahu.

Wahai kamu,
Moga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah. Aku akan sentiasa mendoakan kamu. Jika ada jodoh kita, Alhamdulillah. Namun, jika jodoh kita hanya setakat itu, aku pasrah. Aku tidak pernah menyesal mengenali kamu. Tidak sama sekali. Kerana kamu, aku dapat mengetahui apa yang patut aku ketahui. Kamu telah banyak mengukir senyuman dan kenangan yg manis sepanjang kita berkawan. Dari itu, aku bersyukur kerana aku dapat mengenalimu. Walaupun hanya sekejap cuma, namun ianya sangat bermakna.

Selamat tinggal wahai cinta. Moga kita bersua lagi. Akan kunantikan kedatanganmu bersama orang yang telah DIA tentukan untukku. Moga bila saat itu tiba, aku telah bersedia menjadi srikandimu. Srikandi yang kau idam-idamkan. Aamiin... 

Tiada ulasan:

My Life ~

Daisypath Happy Birthday tickers