Jom la follow.. ;)

Sabtu, 9 Februari 2013

Kalam Allah Pengubat Hati :')


Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone?
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more


Oops~~! Eh eh terover lak Hana nyanyi. Hehe.. Almaklumlah... Menghayati lagu katakan.. hehe.. Akhirnya... Dapat gak Hana hiasi blog nih dgn lagu... Dari dulu sebenarnya cari camane, tp x jumpa2.. hehe.. Alhamdulillah dipermudahkan kali nih.. :)

Oh lupa! Assalamualaikum wahai sahabat2 pengunjung blog Tinta Si Merah Jambu sekalian~! Hehe.. Hari ini, bertemankan Farisha Hana dlm ruangan Memori Cinta~! 

*cettt... x habis2 dgn Memori Cinta~! *

Hahah.. Relakslah.. Hana gurau je.. =p

Btw... Agak lama (bkn agak, mmg dah lama gila pon!) Hana x menjenguk blog nih kan? Hmm.. Sekarang blog dah berwajah baru lagi.. hehe.. K, barula excited cket nak menulis.. ^^

For the year 2013... Rasanya nie post pertama Hana kan? Hmm... Nak cerita ape ye... :/

Haaa gurau je.. Mmg ada benda nak cerita nih. hehe..

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."   
Asy-Syarh | 5 - 6

Itulah  kata-kata Allah dalam Surah Asy-Syarh ayat 5 dan 6. Bagi yg xtau surah nie, masyarakat kita mungkin lebih familiar dgn nama Surah Alam Nashroh. Haa.. Surah tu laa.. Berdasarkan ayat diatas, kita dpt lihat, Allah menyebut sehingga dua kali. Bahawa bersama kesulitan itu terdapat kemudahan. Agak2 kenapa Allah sebut sampai dua kali?? Mesti ada sebab kan? Terasa yakin dan terubat resah di hati tatkala membaca surah ini bersama maksudnya... Allah... Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat, rahmat dan petunjukMu..

Hmm.. Kalau semua nak tau.. (kalau nak tau je la.. xnak xyah baca. =p)
Semalam, 8 Februari 2013 Hana ada Ujian Praktikal Memandu Ulangan tau.. Almaklumlah kali pertama gagal.. So, kenalah buat ulangan kan... hehe.. Sejujurnya, memang rasa nak cancel je test hari tuh, sebab Hana rasa takut n kurang yakin akan lulus. Kalau lah gagal, DUIT lagiiii... Hai~ Bukan senang nak cari duit cik kak cik abg oiii... Nak test ulangan nie je pun, da habis RM 300. Fuhhhh... Test ulangan da RM 150.. Campur renew lesen L, kelas tambahan lagi.. Tak sanggup da rasanya nak buat lagi sekali. Siyes rasa takut sangat. Da la time practice pakai kereta Abah pun hampir accident.. Fuhhh nasib baik x jd apa2.. Alhamdulillah..

Then, bila kawan Hana dpt tau Hana nak cancel test, dia pun byk bg kata2 semangat kat Hana.. Antaranya, Azmah, Aishah, Nadiah.. Semua bg semangat sampai Hana rasa bersemangat balik nak test. Hmm.. Betul la kot pendapat Abg Shazmil, "kata2 semangat dpt merubah benda yg mustahil menjadi realiti..." 

So, Hana decide utk teruskan jugak test kali nih. Xpelah, asalkan Hana cuba dulu. Dalam pada itu, tetiba Hana teringat satu surah yang katanya dapat meredakan resah di hati.. Surah Asy-Syarh. Hana pun capai Tafsir al-Quran dan mula membelek surah tersebut. Dibaca ayat demi ayat dan setelah itu, maksud ayat-ayat cinta Allah itu Hana teliti. Allahuakbar! Memang! Tersangatlah terharu rasanya dapat membaca kalam Allah yang bagi aku umpama memujuk hati yang sedang berduka dan resah gelisah.. Ayat 5-6 benar2 membuat aku tersedar. Benar.. Setiap kesulitan itu akan ada kemudahannya.. Jadi.. Mengapa perlu takut?? 

Hana teruskan jugak practice lagi dgn cikgu memandu dan sorang lagi kawan yg sama2 nak test, Aishah. Bila terasa susah je, automatik akan teringat ayat Allah tu. Sepantas kilat jiwa bagai terubat dan terus bersemangat. Wah... Rasanya mmg practice sungguh kali nih, sampai sakit kaki. Over tekan clutch, brek n minyak kot. Haha.. Ye la, kaki kena belajar control balance benda2 tuh. 

So, hari test pun bermula.. Sesi pertama. InsyaAllah boleh. Jangan takut2 wahai hati. *Hana memujuk hati sendiri.*

"Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh?"

"Makcik2 tu pun bole lulus, takkan kita yang muda xboleh lulus kot?"


Kata2 semangat umpama bermain musik di tepi telinga. Hana umpama dicas. Berada pada tahap maksimum. Ya! Aku bersedia! 

Pun begitu, semangat x boleh over. Nanti lain pulak jadinya. So, kalau lulus, Alhamdulillah.. Tak lulus, Alhamdulillah jgk. Pasti ada hikmah disebaliknya. :)

First Test (bahagian 2)
- bukit, parking, tiga penjuru

Alhamdulillah.. Lulus ketiga-tiga ujian. Oleh itu, Bahagian 2 da lulus. Alhamdulillah.. Lepas gak akhirnya.. Walaupun Hana dapat kereta yang clutch dia keras gila nak tekan, tp mengingatkan kata-kata Allah dlm surah Asy-Syarh tersebut, hati jadi redha. Dan ya! Hana dapat buat! yeay~~! Menitis sedikit air mata gembira Hana sebab dapat lulus ^^ Alhamdulillah..

Now... Second test (bahagian 3)
- Ujian Jalanraya T_T

Yang nie Hana mmg nervous gila.. Dulu masa first time buat, kaki ketaq kot! nak tekan clutch pun susah. Dah langgar line putih. Fail terus le jwbnya.. Yang sedih gila tuh, xsempat nak kuar litar lagi pun, baru nak kuar pagar pusat memandu tuh, da buat silap. Huhuuuuu...

Yang ulangan nie, Alhamdulillah da bole control cket nervous tuh.. Sepanjang ujian Hana bwk kira ok laa... Pegawai JPJ tu x ckp pape pun.. Dia senyap je.. Xnak ganggu Hana bawak kete kot. hehe.. Baik2.. Tapi tetiba teringat, "Alamak! Aku lupa nak bg signal~! Adoiiii Dari tadi xde bg signal. " Hmm.. lepas tuh, mmg bagi la signal nak belok. Boleh lak terlupa. Huhu.. Akhirnya... da nak sampai ke garisan penamat.. Kalau sampai, insyaAllah Hana lulus.

Tiba-tiba.....

"Arghhhh~!", tgn laju membelok ke kiri. Brek mengejut. Astaghfirullahala'ziim..  Macammana boleh terlaju pulak kat simpang nak belok nih?? huargghhhhhh T_T

"Tadi awak da slow da.. Kenapa tetibe laju? Haih.. Saya mmg nak bg awak lulus da tadi. Alih2 jadi macam nie pulak.. Awak berkhayal eh?" Suara pegawai JPJ memecah gegendang telinga.

Hana seolah-olah tak mampu nak kata apa. Terus terang, mmg sekelip mata je benda tu berlaku. Xtau apa dah jadi. Huuuuuu... Lepas tu, bila da dpt fikir balik, rasanya Hana nak tekan brek, tp tertekan minyak. T_T
Sedihnya Ya Allah.... tak terkata... sikiiiiittttt je lagi nak sampai.. Sikiiiiiittttt je lagi nak lulus. Huhu... Sayang seribu kali sayang.. 

"Mintak maaf eh.. Saya mmg xboleh tolong awak.. Kalau awak xbuat silap td, dah lulus dah..", kata2 pegawai JPJ tu kembali bergema di ruangan pendengaranku. 

Hmm... Takpelah.. Dah takde rezeki kot.. Nak buat camane.. Hana akhirnya hanya mampu redha.. Ye lah.. Nak buat cmana kan.. Xpe lah.. Alhamdulillah.. At least, Hana da ada byk improvement. Kawalan stereng da improve, x macam dulu, kawalan stereng tersangat lah lemah. Dah tak takut sgt da bwk kete kat jalanraya. I think, semua yg Hana da improve tu da cukup utk kali nie. Xpelah x lulus Jalanraya.. At least parking da lepas. Alhamdulillah... ^_^

See....? Kebergantungan pada Allah mmg x mengecewakan. Walaupun x lulus, tp rasa sedih tu tak berlarutan. Alhamdulillah.. Nanti boleh cuba lagi.. n terima kasih pada semua yang mendoakan Hana.. Ibu bapa, kawan2, cikgu2.. Thank Youuuu ^_^

Hana cuma nak kongsi je dgn awak2 sekalian pengalaman Hana masa cuti nih. hehe.. Benar kan kata2 Allah?? Bersama kesulitan ada kemudahan.. Hehe.. :)


Hmm.. rasanya da byk sgt da Hana membebel kali nih. Agak pjg gak eh entri kali nie. Hehe.. Agak2 ada x yg sudi baca sampai habis? =p

Setakat tu je lah coretan Farisha Hana utk kali nih.. InsyaAllah lain kali tulis lagi.. :)

Jom sambung nyanyi Thousand Years~ hehe ^^

Assalamualaikum~!




Love,
Farisha Hana











Tahukah Anda?? ;)

My Life ~

Daisypath Happy Birthday tickers
Terdapat ralat dalam alat ini