Khamis, 28 April 2011

Karya Nukilan Hati...2

…BAB 2…

          Berdebarnya aku. Hari ni nak ambil keputusan SPM. Agaknya, okey tak result aku? Entahla… macam mana kawan-kawan aku ye? Dorang sihat ke? Yelah, dah lama tak jumpa sepanjang cuti. Agaknya, berapa orang dapat straight A tahun ni, ye? Pelbagai persoalan bermain di mindaku.
Hai, ingat pasal sekolah, ingatanku kembali pada Ahmad Faris Huzairy. Agaknya, result dia okey tak? Okey kot, sebab walaupun gaya dia macam tu, tapi dia tu budak pandai. Arghh, lantak pi la kat dia! Yang aku nak sibuk-sibuk apasal?
Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah selepas cuti akhir tahun bermula, orang pertama yang aku nampak ialah Faris! Spontan, jantungku yang sudah reda daripada degupan kencang menanti keputusan SPM, kembali berdegup kencang apabila mata galakku bertaut dengan mata kuyunya.
 Sememangnya , aku  tidak dapat menafikan bahawa aku rindu padanya, walaupun hati ini sering cuba menafikan perasaan yang disangkakan bertandang untuk sedetik waktu sahaja. 
Mata kuyunya yang seolah-olah baru bangun daripada tidur itu kembali mengganggu perasaanku. Gaya poyonya juga sudah tiada lagi. Kini, penampilannya lebih kemas dan smart menyerlahkan lagi ketampanan raut wajah yang dimilikinya. Aku harap, ketampanan itu dapat diserikan lagi dengan budi pekerti mulia.
“ Farhana!” aku terdengar satu suara memanggilku. Aku menoleh kebelakang untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil namaku tadi.
“ Oh, Ryna rupanya. Assalamualaikum,” aku memberi salam.
“ Waalaikumussalam. Farhana, apasal kau tak nak menyahut bila aku panggil tadi, hah? Dah sakit tekak aku panggil kau tadi tau! Rasanya, kalau anak tekak aku ni ada spring, dah lama melompat keluar!”
“Oh, ye ke? Aku tak dengar kot! Kau ni pun, dalam marah sempat jugak kau buat lawak antarabangsa, ye?,” aku ketawa kecil.
“ Eii, dia ni! Kita serius gila, dia boleh mengekek macam tu. Sakit hati, tau!” marah Ryna sambil menarik muncung sedepa tanda tidak puas hati.
“ Ye la, sorry. Aku memang tak perasan tadi,” aku membela diri.
“ Macam mana nak perasan, kalau mata tu asyik merenung si Faris! Agaknya korang ni lebih suka merenung sesama sendiri tanpa kata. Hai, pelik, pelik!” ucap Ryna lagi masih dengan perasaan tidak puas hatinya.
“ Kau ni, tak sudah-sudah!” aku mengakhiri perbualan kerana tidak sanggup mendengar nama Faris disebut-sebut lagi.

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat-Mu, ya Allah! Aku mengucapkan syukur sebaik-baik sahaja menerima keputusanku. 10A1! Itulah impianku dan sekarang impianku menjadi nyata. Bukan aku sahaja, malah dua orang sahabat baikku juga mendapat keputusan yang cemerlang.




Aku, Ryna dan Arnia duduk di dalam kelas 5 Aspirasi. Kami bercerita tentang masa cuti kami. Pelbagai cerita lucu diceritakan. Tetapi, tiba-tiba Arnia bertanya kepadaku.
“ Hana, kau tak nak tahu result si Faris ke?” pertanyaannya membuatkan aku dan Ryna tersentak. Arnia pula hanya tayang gigi.
“ Tak naklah, biarlah dia. Yang aku nak sibuk-sibuk apasal?”
“ Sampai hati awak. Anisha Farhana binti Muhammad, saya pun dapat 10A1 dan awak tak sibuk-sibuk pun!” sahut satu suara. Suara ni, macam pernah dengar tapi di mana yek?
“ Farhana, did you hear me?” Tanya suara itu lagi. Aku menoleh ke belakang dan saat itu diriku bagaikan terpaku.
“ Farhana,” Faris memanggil lagi. Aku yang bagaikan baru tersedar daripada mimpi cepat-cepat menjawab. Muka pulak memang tak boleh nak control lagi, memerah bukan main.
“Ya, Faris. Tahniah untuk awak,” ucapku menahan getar di dada.
“ Terima kasih, tahniah untuk awak jugak,” ucap Faris lagi. Aku hanya tersenyum. Kemudian, Faris bersuara lagi.
“ Sebenarnya, saya nak cakap sesuatu dengan awak,” dia bersuara dalam nada suara yang bergetar.
“ Nak cakap apa?” aku meminta kepastian. Serentak itu, mataku melingas mencari kelibat Ryna dan Arnia. Bila masa pulakla dorang blah ni? Memang saja nak kenakan aku. Eii, geram sungguh!
“ Sebenarnya, sa..sa..ya..su..ka..kat…a…a..wa..awak…” tersekat-sekat suara Faris mengetuk gegendang telingaku.



“ Awak ni biar betul!” aku terkejut mendengar pengakuannya.
“ Saya cakap benar, Farhana. Sejak kali pertama bersua dengan awak, hati saya memang dah terpaut. Namun, saya terpaksa pendam perasaan tu hingga ke hari ini supaya tidak mengganggu awak dalam pelajaran.”
“ Tapi Faris, kita baru lepas SPM. Lepas ni, ada banyak lagi yang akan kita lalui. Kalau awak betul suka kat saya, Alhamdulillah. Tapi, kalau awak sengaja nak permainkan perasaan saya, baik awak berambus!” amaran keras aku lemparkan walaupun hati ini terlalu gembira dengan pengakuannya.
“ Maksud awak, awak pun suka kat saya?” Faris bertanya dengan gembira. Di sebalik sinaran matanya, dapat dilihat kejujuran dan keikhlasan tulus daripada hatinya.
“ Faris, saya tak nak bagi harapan kat awak, sebab tahun depan saya akan pindah ke Perlis. Kalau ada jodoh, saya pasti kita akan bertemu lagi.”
“ Baiklah,Farhana. Kata-kata awak akan saya sematkan utuh di hati ini. Saya akan sentiasa menunggu awak dan merindui awak setiap saat. Itu janji saya,” balas Faris penuh syahdu.

“ Love is like a piano. At first you learnt to play it by the rules. Then, you forget the rules and play with your heart, like what I’m doing right now because my life would’nt rhyme without you. Whatever else may complicate our lives, one thing is pure and simple, I love you, heart and soul, my LOVE.”

Faris berkata lagi menambahkan rasa sayangku kepadanya. Faris, janjimu akanku ikat kemas lalu kusisipkan ke dalam hati ini. Walau di mana pun aku ataupun kau berada, ku pasti setia menantimu…

Tiada ulasan:

My Life ~

Daisypath Happy Birthday tickers